Kuala Lumpur – Gambar Yang di-Pertuan Agong (YDP), Sultan Muhammad V sekali lagi dihina apabila disunting pada bahagian hidung yang menyerupai binatang khinzir oleh individu yang biadap dan kurang ajar.
Paling mengecewakan rakan-rakannya di dalam kumpulan Whatsapp terbabit turut mentertawakan gambar tersebut seolah-olah bersetuju dengan tindakan biadap yang dilakukan itu.
Timbalan Pengerusi Biro Media Sosial dan Digital Puteri UMNO, Mimie Harianie Alias ketika dihubungi MassaTV berkata, pihaknya menerima ‘prints screen’ tersebut melalui seorang kenalan Facebok yang memaparkan perbualan individu itu di dalam sebuah kumpulan Whatsapps sebentar tadi.
“Salah seorang kenalan mengirimkan ‘prinst screen’ tersebut kepada saya sebentar tadi dan apabila diteliti idividu tersebut telah memuat naik gambar yang telah disunting.
“Malah dia juga dengan kurang ajar turut menghina YDP Agong dengan panggilan yang tak sepatutnya,” katanya sebentar tadi.
Mimie Harianie turut menggesa satu siasatan dijalankan bagi mengelakkan perkara seperti ini terus berulang di masa hadapan.
“Saya meminta pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM segera menjalankan siasatan berhubung isu ini agar individu yang kurang ajar ini boleh diheret ke muka pengadilan.
“Saya juga sedang menimbangkan untuk membuat satu laporan polis berhubung isu ini agar satu siasatan yang menyeluruh dapat dilakukan bagi mengelakkan perkara seumpanan ini dari terus berulang,” tegasnya lagi.
Tindakan individu terbabit mendapat kecaman orang ramai yang turut menggesa tindakan segera diambil ke atas pemilik akaun Facebook itu.
Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah menahan seorang individu kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook pada 25 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini, individu yang menggunakan nama ‘Catt Ginger’ pada akaun Facebook itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur. – MassaTV
0 Komentar untuk "Gambar Agong dihina lagi"