Berikutan gambar seorang anggota polis yang menunggang motosikal menggunakan telefon bimbit yang dicetak di dada akhbar The Sun
INI JAWAPAN BALAS PIHAK FRIEND OF PDRM
ADUHAI…SUSAHNYA JADI POLIS DI ZAMAN INI!
Bagi orang awam yang acah-acah faham undang-undang dan faham SOP Polis, gambar yang dipaparkan ini memuntahkan kecaman. Dan yang paling kelakarnya walau kecaman itu telah dijawab oleh mereka yang faham kenapa polis tersebut ” menggunakan hp” ketika menunggang motorsikal, masih ramai mengecam tindakan polis ini.
Isunya seperti kes bomba tak buka kasut ketika masuk ke dalam rumah untuk menangkap ular.
Gigih saya membaca setiap komen yang mengecam. Di masa yang sama saya tersengih.
Benarlah kata Imam Syafie,
Aku mampu berhujah dengan 10 orang cerdik pandai tapi aku akan kalah berhujah dengan seorang jahil.
Aku mampu berhujah dengan 10 orang cerdik pandai tapi aku akan kalah berhujah dengan seorang jahil.
Tuan puan yang saya hormati
Polis ni ada SOPnya sendiri.
Polis ni ada SOPnya sendiri.
Sebagai contoh,
Ketika mereka menjalankan tugas, mereka dibenarkan tidak berhenti ketika lampu merah ketika mengejar penjenayah, tidak memakai tali pinggang keledar atau menggunakan hp ketika menunggang motorsikal.
Ketika mereka menjalankan tugas, mereka dibenarkan tidak berhenti ketika lampu merah ketika mengejar penjenayah, tidak memakai tali pinggang keledar atau menggunakan hp ketika menunggang motorsikal.
Tengok la gambar itu elok-elok. Dengan visor terangkat ke atas, hp di tangan( sebenarnya bukan hp. MCad – siapa yang cerdik tau la apa mcad tu), mata ke depan…nampak sangat polis ni sedang menjalankan tugas.
Tengah cari lokasi orang awam kena ragut ke, kelam kabut nak selamatkan orang awam jadi tebusan dalam rumah ke, tengah kejar penjenayah yang sedang melarikan kanak-kanak untuk dijual organ ke…dan bermacam tugas polis lagi yang kita tak tau.
Fungsi alat di tangan polis itu sangat penting ya tuan puan.
Tak boleh cerita lebih-lebih nanti habis gerak kerja rahsia PDRM terbongkar.
Dalam dunia penuh fitnah ni, hati-hati menerima cerita dan mengecam.
Jangan sampai polis yang jujur buat kerja patah hati dan orang jahat berleluasa.
Di masa yang sama, sedar-sedarlah…sentiasa ada manusia dan media yang sentiasa mencari salah silap polis. Yang anti polis. Yang benci polis. Yang benci Allah Muhammad di atas kepala polis. Yang ada agenda tersembunyi. Yang ingin menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PDRM.
Lepas ini mereka akan cuba burukkan ATM pulak. Dan dah ada pun yang memburukkan ATM. Kapal selam tak boleh menyelam sampai sekarang masih dicanangkan.
Perlahan-lahan kebencian ke atas dua badan besar penjaga kedaulatan negara ini disemarakkan dan diapikan.
Musuh negara juga sudah berani memperlekehkan Sultan dan Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.
Tak rasa apa ke wahai orang awam yang bijak laksana?
Tak pedih hati perut ke bila PDRM ATM dan Baginda dihina?
Mana kecaman sehingga musuh kecut perut?
Malah ramai yang diam bagai pondan!
Bila kes gambar polis ni diviralkan, menggelupur semua menghentam tanpa usul periksa. Siap nak ambil tindakan lagi.
Yang tukang ambil gambar polis ni apa cerita?
Hati-hati tuan- tuan dan puan-puan.
Komunis dah letak senjata tapi ideologinya masih ada. Dulu kita berperang di hutan, sekarang mereka menyerang kita dari berbagai sudut secara halus.
Dan jangan lupa, komunis itu didokong oleh berbagai bangsa. Cina, Melayu dan India ( sekadar contoh). Sekarang musuh negara bukan komunis saja, ISIS DAESH dan banyak lagi.
Kita orang awam apa tahu? Kita masih sedap tidur.
Bila kepercayaan rakyat kepada pasukan keselamatan terhakis, apa akan jadi kepada negara?
Saya telah menyaksikannya di Kemboja semasa dan selepas rejim Komunis Khmer Rouge Pol Pot.
Maka berhati-hatilah tuan-tuan dan puan-puan, rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama ini.
Bila negara huru-hara, ke mana kita nak lari?
NEGARA KITA HANYA SATU.
0 Komentar untuk ""Polis viral Main Handphone? Ini balasan PDRM..periksa dulu sebelum kecam!!!"